Pages

Tuesday 10 December 2013

PANTUN ISNIN SAMPAI AHAD


 PANTUN ISNIN SAMPAI AHAD

Semua malas nak bangun pagi,
Bukan kerana sakit nak mati,
Tapi mood masih nak cuti,
Hari isnin menjelma lagi.

Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
Selamat menyambut hari selasa.

Menangkap ikan pakai bubu,
Untuk hidangan nasi kerabu,
Kenapa masih dalam kelambu,
'Ofis' kau tutup ke hari rabu.

Atas pokok ada penyengat,
Anak kambing baunya hamis,
Kenapa kau tak pernah ingat,
Janji nak belanja aku hari khamis.

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat,
Bukannya apa cuma saja nak ingat,
Selamat hari jumaat.

Hari-hari minum air batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingant janji dating hari sabtu.

Minta garam barang secuit,
Untuk perasa sayur salad,
Saja jalan nak buang duit,
Hari ni kan hari ahad.

Monday 2 December 2013

KISAH ORANG GILA BERAMBUT PANJANG

         

        Seorang pemuda yang beriman telah pergi melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers. Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen-fesyen rambut beberapa pemuda lelaki di bandar tersebut. Dia ingin mengikut fesyen rambut mereka. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan. Kebetulan, tukang gunting tersebut seorang yang sangat fasih berbahasa English dan amat peramah. Sambil menggunting rambut mereka berdua pun berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan termasuk tukang gunting bertanya apa agama pemuda tersebut.

            Setelah mengetahui pemuda itu beragama islam, tukang guting tersebut telah mengambil kesempatan untuk bertanya tentng Islam, tujuannya bukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam, tetapi lebih untuk menimbulkan rasa sangsi pemuda tersebut terhadap Islam. Tukang gunting berkata : "Sebenarnya TUHAN tidak ada. Kalau TUHAN ada tidak mungkin dunia ini tidak aman. Banyak sekali jenayah, gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Walhal, umat Islamlah yang paling banyak mendapat bencana seperti peperangan, kebuluran, kemunduran dan sebagainya". Pemuda itu hanya diam. Pening juga bagaimana hendak memberikan penjelasan kembali. Tambah tukang gunting itu lagi... "Sebab itulah kami di sini tidak menganut sebarang agama. Kami beranggapan bahawa TUHAN itu TIADA". Kamu lihat negara kami lebih aman dan makmur berbanding dengan sesetengah negara Islam". Pemuda tadi terus membisu, jam ditangannya dirasakan teramat lambat berputar. Namun di dalam hatinya berdoa semoga Allah membantunya agar diberikan hikmat ilmu untuk menjawab tuduhan tukang gunting tersebut.

             Tukang gunting dengan senyum sinis semakin galak menerangkan tentang kehebatan dan kemakmuran negaranya yang tidak percayakan wujudnya TUHAN. Selesai saja menggungting rambut, pemuda tadi terus membayar upahnya. Dia bergegas keluar. Baru saja dia hendak membuka pintu kedai gunting tersebut, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki peminta sedekah yang berpakain lusuh, kotor dan rambutnya panjang tidak terurus sedang berjalan di hadapan kedai tersebut. Lalu datanglah pertolongan Allah... Maka pemuda tadi mendapat idea... Dia tidak jadi keluar dari kedai dan terus menoleh kepada tukang gunting sambil berkata ; "Sebenarnya, di dunia ini semuanya ada... termasuklah adanya TUHAN. Kecuali satu perkara sahaja yang tidak ada di dunia ini" Terkejut tukang gunting tadi.. lalu bertanya; "Apakah satu perkara yang tidak terdapat di dunia ini?" Dengan tenang dan selamba pemuda tadi menjawab : "TUKANG GUNTING" Kata tukang gunting dengan penuh emosinal : "Bukankah kamu yang bergunting dengan saya tadi" Pemuda itu membalas : "kalau ada tukang gunting di dunia ini.. tidak mungkin peminta sedekah itu berambut panjang" Jawab tukang gunting tersebut : "Itu salah dia. Kalau dia pergi mendapatkan saya, tentu saya guntingkan rambutnya." Pemuda berkata : "Begitulah juga dengan masalah dunia sekarang. TUHAN itu ada, bukannya TIADA. Itu semua salah manusia. Kalau mereka mengadu atau meminta pertolongan kepada TUHAN, tentu semua masalah itu akan selesai". Pemuda itu menambah. "Ini tidak, lari dari TUHAN, malah sesetengahnya menganggap TIADA TUHAN" Tukang gunting itu terlopong dan tunduk malu. Niatnya untuk mengenakan pemuda tadi nampaknya tidak berjaya, sebaliknya dia yang terpukul oleh perbandingan yang dikemukakan pemuda tadi...


            Kemudian pemuda tadi terus keluar. KESIMPULAN ; Kenapakah Allah memberi (orang Islam yang beriman) dengan pelbagai ujian seperti gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya?. Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 214 ;
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Wallahua'lam......

" Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang "


"The people call him, U.A.I"

Sinopsis:
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. 

Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur.

Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. 

Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.



I
I
I
v



Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun




SEBARKAN: Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

Wednesday 31 July 2013

Mercun Paling Gempak



NIE KALAU MAIN KAT KAMPONG....MAU 1 KAMPONG DENGAR....HAHHAHAHHAHA

 ADA SESAPE BERANIE????
 KOMPOM POLIS MAI !!!

Tuesday 30 July 2013

Akan tiba satu zaman dengan dugaan yang sangat besar



Akan tiba satu zaman dengan dugaan yang sangat besar

Rasulullah s.a.w. telah bersabda sesungguhnya
"Akan tiba satu zaman dengan dugaan yang sangat besar",
dan kita sepatutnya sedar akan hal ini.

Baginda berpesan 'diakhir zaman nanti kamu akan lihat satu golongan yang miskin, orang yang duduk dipadang pasir yang miskin. Mereka pegembala kambing dan binatang. Kemudian mereka akan mula membina bangunan tinggi.
Inilah tanda-tandanya dihadapan mata kamu.

Kita sedang lihat tanda yang dikatakan oleh Nabi s.a.w.
Baginda bersabda kamu akan lihat bagunan di Mekah
dibina mencapai gunung yang tinggi. Perkara ini telah pun berlaku semasa hayat kita.

Bila saya sampai disana dulu, tiada satu pun bagunan yang dibina tinggi menghampiri kemuncak gunung.
Hari ini ianya penuh dengan bangunan mencakar gunung.

Saya berada di kemuncak gunung tertinggi di Mekah
dan kamu akan lihat menara jam sudah melepasi kemuncak gunung.

Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"jika kamu lihat gunung-gunung di Mekah ada lubang
yang menembusinya.." inilah(terowong) yang dimaksudkannya.
Dan kamu lihat bagunan tinggi mencakar gunung
atau dalam riwayat lain ianya melepasi puncak gunung.
Kemudian Baginda bersabda bahawasanya Al-Sa'ah telah membentang bayangnya. Imam As Suyuti telah berkata mengenai perkara ini bahawa masanya sudah sangat hampir.

Bila kamu ambil maksud tersebut secara langsung,
dalam disiplin hadis dan usul yang tradisional
bila Rasulullah s.a.w. bersabda kamu harus mengambilnya secara langsung melainkan ada alasan untuk mentafsirnya secara simbolik.
Sekarang bayang-bayang menara jam telah menutupi Ka'abah.

Di Arab Saudi mereka memanggil menara jam sebagai Al-Sa'ah.
Kamu boleh ambil maksud hadis secara langsung,
bayang-bayang jam(Al-Sa'ah) itu sudah pun menutupi Ka'abah.
Secara langsung atau simbolik sesungguhnya zaman itu sudah sangat hampir.

Sunday 21 July 2013

MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

Saturday 20 July 2013

Cara Menjawab Telefon Yang Awesome ketika sibuk



Sebenarnye cara menjawab telefon yang kite amalkan kebanyakannye sama...Kalau kite Jadi operator,lagi-lagi time busy,memang terlayan dengan karenah semua orang yang telefon,so disini saya nak kongsikan care-care menjawab telefon yang Giler-giler ketika anda sedang sibuk...hehehehe
(p:s :jangan diamalkan selalu....& kalau silap gayenyer....kompom kene letak jawatan hahhahhahaha)

1.soalan: haloo.may i speak to Sam please?
jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2.soalan: haloo, siapa disana?
jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3.soalan: haloo,boleh saya bercakap ngan bapak awak?
jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4.soalan: haloo,boleh sambungkan ke nombor 323?
jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5.soalan: haloo,mak ade rumah?
jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6.soalan: haloo Sam,buat ape tu?
jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7.soalan: boleh saya bercakap ngan Sam ?
jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... .time kacih.
8.soalan: haloo.tolong panggilkan Sam. saya nak bercakap dengannye.
jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9.soalan: halloo... ...
jawapan: haloo.pusat sakit mental disini.anda ingin mendaftar?
10.soalan: haloo.saya nak tumpang bertanya...
jawapan: maap.ini bukan kaunter pertanyaan.
11.soalan: haloo.betul ke ini nombor 3234412?
jawapan: sila dail sekali lagi.kalu saya masih menjawab betul le tu.
12.soalan: assalammualaikum...
jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam tu kite wajib ok)

AMARAN : segala yang akan berlaku adalah tanggungjawab anda.....hahhahha

Tutorial Cara Lipat Baju Mudah Dan Cepat

Kepada mereka yang malas untuk melipat pakaian...ini ade 1 video care mempercepatkan lipatan baju2 anda yang bertimbun....moga bermanafaat...



Dan kalau malas nak buat...bende alah nie pon ade dijual dipasaran sekarang....



Monday 15 July 2013

Ku Sangka Orang Gila




Ku Sangka Orang Gila

......26 May 2011.....

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)

***Gambar hiasan semata-mata..

Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt

Sunday 14 July 2013

POKOK BERACUN


Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca posting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda.
Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta.
Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah.
Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera.
Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Berhati-hati ok.

Tuesday 9 July 2013

Doa Menyambut Bulan Ramadhan




بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Doa Menyambut Bulan Ramadhan

“Ya Allah! Sesungguhnya bulan ini adalah bulan yang penuh berkah, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an dan dijadikan petunjuk bagi manusia, penjelasan dari petunjuk dan perselisihan. Bulan Ramadhan telah datang, maka selamatkan kami di dalamnya, salurkan kedamaiannya pada kami, jadikan ia keselamatan bagi kami dalam kemudahan dan keselamatan dari-Mu. Wahai Yang Menerima amal yang sedikit dan mensyukuri yang banyak, terimalah amalku yang sedikit ini.

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu, jadikan bagiku jalan pada semua kebaikan, dan penghalang dari semua yang tidak Dikau cintai, wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi. Wahai Yang Memaafkan kesalahanku dan keburukan yang kusembunyikan. Wahai Yang Tidak menyiksaku kerana perbuatan maksiatku, maafkan daku, maafkan daku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia.

Tuhanku! Dikau sedarkan daku, tapi daku belum juga menyedarinya. Dikau halau daku dari larangan-Mu, tapi daku belum juga terhalau, lalu apalagi alasanku, maafkan daku wahai Yang Maha Mulia, maafkan daku, maafkan daku!!!

Ya Allah! Daku memohon kepada-Mu kedamaian saat kematian menjemputku, dan maafkan daku ketika amalku dihisab. Besar sudah dosa hamba-Mu ini, maka ampuni daku dengan ampunan yang baik dari sisi-Mu wahai Yang Maha Menjaga dan Maha Mengampuni, maafkan daku, maafkan daku.

Ya Allah! Daku adalah hamba-Mu putera hamba-Mu, yang lemah dan perlu pada rahmat-Mu. Sementara Dikau Yang Menurunkan kekayaan dan keberkahan kepada semua hamba-Mu, Dikau Maha Perkasa dan Maha Kuasa, Dikau menghitung semua amal mereka, Dikau yang membagikan rezeki mereka. Dikau ciptakan mereka berbeza-beza dalam bahasa dan kulit dari generasi ke generasi berikutnya. Hamba-Mu tak akan mampu mengetahui semua ilmu-Mu, hamba-Mu tak akan mampu menolak takdir-Mu. Kami semua perlu pada rahmat-Mu, maka jangan palingkan wajah-Mu dariku, jadikan daku tergolong pada hamba-Mu yang soleh dalam amal dan keinginan, dalam ketetapan dan takdir-Mu.

Ya Allah! Hidupkan daku dalam kehidupan yang paling baik, dan matikan daku dalam kematian yang terbaik mengikuti para kekasih-Mu dan menjauhi musuh-musuh-Mu, takut dan patuh pada-Mu, memenuhi dan menerima perintah-Mu, membenarkan kitab-Mu dan mengikuti sunnah Rasul-Mu.

Ya Allah! Semua yang ada dalam hatiku: keraguan, penentangan, keberputus-asaan, kesenangan yang berlebihan, kesombongan, keangkuhan ketika mendapat nikmat, prasangka buruk, riya’ atau suka pujian, permusuhan, kemunafikan atau kekufuran, kefasikan atau kemaksiatan, atau kebanggaan, atau sesuatu yang lain yang tidak Dikau redhai.

Kerana itu, daku memohon kepada-Mu, gantikan semua itu dengan keimanan pada janji-Mu, mematuhi perintah-Mu, redha pada ketentuan-Mu, kehidupan zuhud di dunia, harapan pada yang ada di sisi-Mu, kedamaian dan taubat yang sebenarnya; daku memohon semua itu kepada-Mu Ya Rabbal ‘alamin.

Tuhanku! Dikau dikianati dan dicurangi kerana kelembutan-Mu, Dikau ditaati kerana kemuliaan dan kedermawanan-Mu, seolah-olah Dikau tidak pernah dicurangi olehku dan oleh seluruh penghuni bumi. Maka jadilah Dikau bagi kami Yang Maha Pemurah dengan segala karunia-Mu, Yang Maha Perihatin dengan segala kebaikan-Mu. Wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!

Semoga selawat sentiasa tercurahkan kepada Muhammad SAW dan keluarganya, selawat yang abadi yang tak terhitung jumlahnya dan tak terukur nilainya oleh selain-Mu wahai Yang Maha Pengasih dari semua yang mengasihi!”

(Petikan dari kitab Mafatihul Jinan, bab 2, pasal 2)


Doa Menyambut Ramadhan 2

Salah satu cara terbaik untuk menyambut masuknya bulan suci Ramadhan al-Mubarak adalah dengan berdoa. Satu lagi riwayat para sahabat, Rasulullah SAW telah membaca Doa Menyambut Ramadhan berikut :

“Ya Allah, telah tiba bulan Ramadhan. Wahai Tuhan pemilik bulan Ramadhan, Dikau telah menurunkan Al-Qur’an di dalamnya dan telah menjadikannya sebagai penjelasan atas petunjuk dan perbezaan antara yang hak dan yang batil. Wahai Tuhan kami, berkatilah kami di dalamnya dan bantulah kami dalam melaksanakan puasa dan menunaikan solat di dalamnya. Terimalah amal-amal kami di bulan ini.

Ya Allah, segala puji bagiMu yang telah membimbing kami untuk memujiMu supaya kami mengerti bersyukur atas segala kebaikanMu dan supaya Dikau membalas kami dengan balasan yang Dikau berikan pada mereka yang berbuat kebajikan.

Segala puji bagi Allah yang menganugerahi kami dengan agamaNya, mengistimewakan kami dengan millahNya dan menunjukkan kami jalan-jalan kebaikanNya, dengan pujian yang Dia terima dari kita dan membuatNya redha kepada kita.

Segala puji bagi Allah yang menjadikan di antara jalan-jalan (kebaikanNya) adalah bulan Ramadhan, bulan puasa, bulan Islam, bulan kesucian, bulan pembersihan, bulan menegakkan solat malam, bulan yang di dalamnya Al Qur’an diturunkan sebagai penyuluh dan penjelasan petunjuk dan pembeza bagi manusia. (QS Al Baqarah: 185).

Dia menjelaskan keutamaan bulan ini melebihi semua bulan dengan menjadikannya berlimpah dengan kesucian dan bertabur dengan fadhilah. Dia mengharamkan di bulan ini yang dihalalkan di bulan lain sebagai pengagungan untuknya. Dia larang di bulan ini makan dan minum sebagai penghormatan untuknya. Dia jadikan di bulan ini waktu-waktu tertentu (saat sahur dan buka) yang tidak boleh didahulukan dan tidak boleh diakhirkan.

Lalu, Dia muliakan satu malam di antara malam-malam bulan ini melebihi malam-malam seribu bulan. Dia namakan malam itu dengan malam Lailatul Qadar. Pada malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan, menebar kedamaian (bagi mereka) (QS al-Qadr:4-5) terus-menerus dan menaburkan keberkahan sampai terbit fajar kepada siapa saja dikehendaki dari para hamba Allah sesuai dengan ketentuan dan ketetapanNya.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya dan ilhamkan kepada kami untuk mengenal kebesarannya (Ramadhan), mengagungkan kesuciannya, menjaga apa yang dilarangnya. Bantulah kami untuk menjalankan puasanya dengan menahan anggota badan dari dehaka kepadaMu dan menggunakannya untuk segala apa yang Dikau redhai.

Telinga-telinga kami tidak sampai mengarah pada sia-sia, mata-mata kami tidak terpusat pada kealpaan, tangan-tangan kami tidak kami hulurkan pada larangan, kaki-kaki kami tidak kami langkahkan pada keburukan, perut-perut kami tidak kami isi kecuali dengan yang Dikau halalkan, lidah-lidah kami tidak berbicara kecuali yang Dikau contohkan. Kami tidak melakukan kecuali yang mendekatkan pahalaMu dan kami tidak mengerjakan kecuali yang dapat menghindarkan kami dari siksaMu.

Maka bersihkanlah semua (amal-amal) itu dari sifat riak dan dari membangga diri. Di bulan ini kami tak akan menyekutukanMu dengan siapapun dan tidak akan mencari kerinduan selain kepadaMu.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Bantulah kami di bulan Ramadhan untuk menjaga waktu-waktu solat yang lima dengan hukum-hukumnya yang telah Dikau tentukan, fardhu-fardhunya yang Dikau fardhukan, tugas-tugasnya yang Dikau tugaskan, dan waktunya yang Dikau tetapkan.

Di dalam solat kami naikkan kami ke tingkatan orang yang memelihara tahap-tahapnya, menjaga rukun-rukunnya, melakukannya pada waktu yang sesuai dengan apa yang disunahkan hambaMu, RasulMu SAW, dalam ruku’nya, sujudnya, dan semua geraknya, dengan kesucian yang paling tinggi dan paling sempurna, dengan kekhusyuakn yang paling nyata.

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk menyambungkan persaudaraan dengan kebajikan dan kekeluargaan, memperhatikan jiran kami dengan bantuan dan pemberian, membebaskan harta kami dari tuntutan, membersihkannya dengan mengeluarkan zakat, mendekatkan lagi orang yang menjauhi kami, memperlakukan dengan adil orang yang menyakiti kami, berdamai dengan orang yang memusuhi kami, kecuali dalam permusuhan yang semata-mata keranaMu dan untukMu, kerana dialah musuh yang tidak kami senangi dan golongan yang tidak kami sukai.

Dalam bulan ini, bantulah kami untuk mendekatkatiMu dengan amal-amal suci yang membersihkan dosa-dosa kami dan menjaga kami dari mengulangi kecelaan, sehingga para malaikatMu tidak lebih banyak memasuki pintu-pintu ketaatan dan macam-macam peribadatan daripada yang kami persembahkan untukMu.

Ya Allah, daku bermohon kepadaMu demi hak bulan ini, demi hak siapa saja yang menyembahMu, sejak permulaannya sampai waktu kematiannya, para malaikat yang Dikau dekatkan, para nabi yang Dikau kirim, para hamba soleh yang Dikau istimewakan, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Di bulan ini, jadikanlah kami orang yang layak menerima anugerah yang Dikau janjikan kepada para kekasihMu, yang Dikau pastikan kepada orang-orang yang bersungguh-sungguh beribadah kepadaMu. Tempatkan kami dalam kelompok orang yang berhak mendapat tempat paling mulia dengan rakhmatMu.

Ya Allah, sampaikanlah selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jauhkanlah kami dari ketergelinciran dalam bertauhid kepadMu, kekurangan dalam memujiMu, keraguan terhadap agamaMu, keburukan dari jalanMu, kelalaian akan kesucianMu, ketertipuan oleh musuhMu, setan yang terkutuk!

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya. Jika pada malam-malam bulan ini ada hamba yang tengkuknya dibebaskan dengan ampunanMu atau dianugerahi maafMu, tempatkan kami pada kelompok dan orang yang terbaik di bulan ini.

Ya Allah, hilangkan dosa-dosa kami bersamaan dengan hilangnya bulan sabit Ramadhan, lepaskan beban-beban kami bersamaan dengan berlalunya hari-harinya, sehingga ketika bulan ini meninggalkan kami, Dikau telah membersihkan kami deri kesalahan, Dikau sudah melepaskan kami dari keburukan.

Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya, jika kami di bulan ini menyimpang, luruskanlah; jika kami tergelincir, tegakkanlah; jika syaitan musuh kami mencengkeram, selamatkanlah kami.

Ya Allah, penuhi bulan ini dengan pengabdian kami kepadaMu, hiasi waktu-waktunya dengan ketaatan kami kepadaMu, bantulah kami pada waktu siangnya dengan puasa dan malamnya dengan solat khusyuk, tunduk dan merendah kepadaMu. Sehingga siangnya tidak menyaksikan kami dalam kelalaian, malamnya tidak melihat kami dalam kealpaan. Ya Allah, jadikan kami seperti ini juga di bulan-bulan lain, sepanjang Dikau hidupkan kami.

Jadikan kami di antara hamba-hambaMu yang soleh yang menwarisi Firdaus dan kekal di dalamnya (QS Al Mukminun:11), yang memberikan apa yang mereka berikan dalam keadaan gemetaran (mengetahui) bahwa mereka akan kembali kepada Tuhan, mereka termasuk orang-orang yang berlumba-lumba mendapat kebaikan dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya.
Ya Allah, sampaikan selawat kepada Muhammad SAW dan keluarganya pada setiap waktu dan saat, pada segala keadaan, sebanyak selawat yang Dikau berikan kepadanya dan gandakan selawat itu dengan kelipatan yang hanya Dikau yang dapat menghitungnya. Sungguh Dikau melakukan apa yang Dikau kehendaki.”
.
*) Syaikh Rakhiuddin, Iqbal al-A’mal, Muassasah al-A’la Li al-Mathbu’at, Beirut, 1996, hal. 322.
.
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Credit to : shafiqolbu

TANDA TANDA GANGGUAN JIN


PERNAHKAH anda mengalami perasaan ganjil di mana kekadang seakan-akan terlihat bayangan orang di tengah malam ataupun suara bisikan di telinga yang seolah-olah memanggil ketika berseorangan? Terdengar bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya?

Cara Mengesan Dan Memagar Diri Dari Jin

Hal ini berkemungkinan berlaku kerana anda tinggal bersama makhluk Allah yang menghuni alam ghaib iaitu JIN. Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung kerana alam yang berbeza, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan.

Mungkin anda akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting lebih awal kita MENGESAN adakah badan kita ditumpangi oleh makhluk Jin ini.

Mari sama-sama kita mencuba :
  
Al Ruqyah Al Syariah Full by Sheikh Mishary Rashid Al-Afasy

Langkah 1 - Play RUQYAH SYARIAH dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2 - Pejamkan mata dan hayati (Jangan ikut bacaan ayat-ayat ini di mulut).

Langkah 3 - Perhatikan setelah selesai. Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar2, ada benda bergerak2 di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap. Maka SAHLAH badan anda dihuni oleh JIN.

Segeralah berjumpa dengan ustaz atau ahli perubatan islam yang lebih mahir untuk mengesahkannya dan berubatlah secepat mungkin sebelum ia merebak lebih teruk.

Simptom Awal Gangguan Jin : 

1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
2) Badan terasa berat dan malas.
3) Sukar mendapat jodoh.
4) Badan terasa bisa-bisa.
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal.
6) Sukar tidur malam.
7) Sakit pinggang tanpa sebab.
8) Sakit dada bila waktu asar keatas.
9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
11) Bermimpi jatuh dari tempat tinggi.
12) Bermimpi di tempat yang kotor.
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
15) Bayi kerap menangis.
16) Bunyi guli jatuh diatas syiling.
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
19) Malas beribadat.
20) Nyanyuk ketika usia lanjut.
21) Panas baran.
22) Sikap berubah secara mendadak.
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
24) Suka melakukan tabiat buruk.
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
26) Kerap keguguran.
27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
28) Mengantuk bila dengar al-quran.
29) Bermimpi seram yang menakutkan.
30) Darah haid turun lebih 15 hari.
31) Batuk yang berpanjangan.
32) Selalu ditindih ketika tidur.
33) Kuat berangan.
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
35) Nafsu seksual yang melampau.
36) Selalu melihat kelibat dirumah.
37) Terasa diri selalu diperhatikan.
38) Mandul.
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan.
40) Melihat jin secara terus.
41) Sakit mental atau gila.





La ilaha illallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir

(Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu)


Amalkan zikir di atas 100x setiap pagi dan petang selama sebulan. InsyaAllah diri anda akan dipagar dan gangguan Jin pun akan beransur-ansur hilang.

kdt : alhayatislam

Monday 8 July 2013

Tips Membeli Kereta

Kali nih  nak bercerita mengenai pembelian kenderaan pulak. Istilah yg org bank guna – ‘Hire Purchase’ [suka sgt pakai istilah penjajah]. Yang mana lebih untung? Beli kereta tunai (tp 2nd hand), beli kereta baru [pinjaman penuh, RM0 byr muka] atau kereta baru [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]???? Pernah tak kita terfikir atau kira berapa yg kita bayar pada bank utk pinjaman kereta? Berapa faedah yg bank dapat? Ok, cuba kita kira satu persatu..
———————————–
OPSYEN 1: BELI TUNAI (Kereta 2nd Hand)
————————————
Cth anda membeli kereta Perodua Kancil (tahun 2000) pada harga RM7,000. Apa yg anda dapat?
Anda akan dapat sebuah kereta yg milik anda sepenuhnya tanpa ada bebanan utk membayar hutang bulanan. Anda juga bebas daripada membayar faedah ke atas pinjaman anda kepada bank. Tp anda perlu menyimpan sedikit daripada duit gaji bulanan anda kerana kereta 2nd hand kadang-kadang mempunyai masalah-masalahnya yg tersendiri. Yelah, kereta lama kan. Banyak ‘wear and tear’ yg ada.
—————————————————
KERETA BARU (Full loan, 0 down payment)
—————————————————
Jika anda membeli kereta baru tanpa muka dengan pinjaman penuh, pecahannya adalah seperti berikut:
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman penuh dgn bayaran balik selama 9 tahun.
Harga Kereta      : RM43,800.00
Faedah Bank      :  RM43,800 x 3.5% = RM1,533.00
                           RM1,533.00 x 9 tahun = RM13,797.00
Jumlah Keseluruhan : RM43,800 + RM13,797 = RM57,597.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM57,597.00 / 9 tahun [108 bulan] = RM533.30 sebulan. Ini bermakna anda telah membayar RM13,797.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
——————————————————————-
KERETA BARU [byr muka 10% + pinjaman selama 7 thn]
——————————————————————-
Kita ambik cth yg sama seperti di atas.
Cth: anda membeli kereta Proton Saga FL Executive dengan harga RM43,800.00 dgn faedah bank sebanyak 3.5%. Anda membuat pinjaman 90%, bayar muka sebanyak RM4,380 [10% harga kereta] dgn bayaran balik selama 7 tahun.
Harga Kereta    : RM43,800.00
Pinjaman Bank  : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420.00
Faedah Bank     : RM39,420 x 3.5% = RM1,379.70
                                 RM1,379.70 x 7 tahun = RM9,657.00
Jumlah Keseluruhan : RM39,420 + RM9,657 = RM49,077.00  —> inilah harga kereta yang anda perlu byr.
RM49,077.00 / 84 bulan [7 tahun] = RM584.25 sebulan. Ini bermakna anda hanya membayar RM9,657.00 lebih daripada yg sepatutnya anda bayar kepada pihak bank.
Berdasarkan kiraan ini anda boleh nilai sendiri opsyen mana yg sesuai dgn bajet anda. 


TIPS LAIN

Bagaimana caranya hendak mengelakkan daripada membayar lebih kepada bank??
Satu cara adalah dengan menjual kenderaan anda pada tahun kelima @ keenam. Tp dgn syarat, anda perlu menggunakan opsyen pertama atau ketiga daripada cth di atas.
Cthnya. Kita ambil opsyen ketiga di atas. Beli kereta baru dgn harga RM43,800, byr muka 10% dan pinjaman selama 7 tahun.
Susut nilai kereta lebih kurang 10% setahun [tetapi bergantung juga kpd keaadaan ekonomi dan pasaran kereta terpakai]. Kita ambil 10% sbg ukuran.
Tahun pertama   : RM43,800 – RM4,380 = RM39,420
Tahun kedua     : RM39,420 – RM3,942 = RM35, 478
Tahun ketiga      : RM35,478 – RM3,548 = RM31,930
Tahun keempat  : RM31,930 – RM3,193 = RM28, 737
Tahun kelima     : RM28,737 – RM2,874 = RM25,863
Maka pada tahun kelima, harga kereta anda adalah dalam anggaran RM25,000.
Kita tgk pula berapa jumlah baki pinjaman anda pada tahun kelima. Setiap bulan anda membayar RM584.25.
Maka setahun = RM7,011.00. Jumlah pinjaman anda ialah RM49,077.00.
Tahun pertama   : RM49,077 – RM7,011 = RM42,066
Tahun kedua      : RM42,066 – RM7,011 = RM35,055
Tahun ketiga      : RM35,055 – RM7,011 = RM28,044
Tahun keempat  : RM28,044 – RM7,011 = RM21,033
Tahun kelima     : RM21,033 – RM7,011 = RM14,022
Pada tahun kelima, baki pinjaman anda adalah RM14,022. Katakan harga kereta anda pada tahun kelima adalah RM20,000 [disebabkan harga pasaran kereta terpakai agak merosot, kita tolak RM5,000 dari jumlah yg telah dikira di atas]. Maka kita akan dapati jika anda menjual kereta anda pada tahun kelima, anda akan masih mempunyai baki sebanyak RM5,978 [RM20,000 – RM14,022]. Anda untung RM5,978. Duit keuntungan bukan utk anda pakai pergi melancong.. :)  tetapi anda gunakan sebagai bayaran muka utk kereta baru anda. Di mana penjimatannya?? [yelah, tolak kereta lama, ambik kereta baru. Tambah hutang lagi.]
Untungnya ialah, anda hanya perlu membayar RM39,435.00 [bayaran bulan RM7,011 x 5 tahun + RM4,380 duit muka] berbanding harga sebenar kereta iaitu RM43,800.00. Jumlah yang anda bayar jauh lebih jimat berbanding harga sebenar yang anda perlu bayar kpd pihak bank iaitu RM49,077.00. Anda telah jimat RM4,365.00 [RM49,077 – RM39,435.00].
Nampak tak penjimatannya?? Inilah teknik yg sering dipakai oleh org-org yg tahu menguruskan aset [terutama aset yg mempunyai susut nilai seperti kereta]. Pemahaman org bahawa pakai kereta sampai habis bayar adalah salah sebenarnya. Dgn penerangan saya td, saya harap anda dpt memahami apa yg cuba saya sampaikan. Jika anda ada kawan yg sering bertukar kereta setiap 5 ke 6 thn, kwn anda sebenarnya bukan hendak menunjuk-nunjuk ada kereta baru tp dia melakukan seperti penerangan saya di atas. Apa yg penting…kerjasama  duit muka dan bayaran bulanan yg anda mampu bayar.
So Tepuk poket, tanyalah duit. Jika anda mampu apa salahnya.



go top google+ page facebook twitter rss