Pages

Monday 27 January 2014

Abah dan Facebook


Seorang pemuda duduk di hadapan laptopnya. Log in Facebook. Benda pertama sekali dia check adalah inbox. Hari ini dia terlihat sesuatu yang dia terlepas pandang selama ini. Bahagian 'OTHER' di inboxnya. Ada satu, dua mesej. Mesej pertama, spam. Mesej kedua dibukanya. Mesej 3 bulan yang lepas tarikhnya. Ditatap isinya, 

"Salam. Ini kali pertama abah cuba guna Facebook. Abah cuba tambah kamu sebagai kawan tapi tak dapat. Abah pun tak faham sangat benda ni. Abah cuba hantar mesej ini kepada kamu. Maaf, abah tak biasa sangat menaip. Ini pun kawan abah yang ajarkan. Ingat tak bila pertama kali kamu ada henfon? Masa tu kamu tingkatan 4. Abah kesian semua anak-anak sekarang ada henfon. Jadi, abah hadiahkan pada kamu satu. Dengan harapan, kamu akan call abah kalau kamu ada nak kongsi masalah tentang asrama atau sekolah atau apa-apa saja. Tapi, kamu hanya call abah seminggu sekali. Tanya tentang duit makan dan belanja. Abah terfikir juga, topup RM10 tapi call abah tak sampai 5 minit boleh habis ke prepaid tu? Masa kamu kecil dulu, abah ingat lagi bila kamu dah boleh bercakap. Kamu asyik panggil, 'Abah, abah, abah'. Abah seronok sekali anak lelaki abah panggil abah. Panggil mama. 

Abah seronok dapat bercakap dengan kamu walaupun kamu mungkin tidak ingat dan tak faham apa abah cakapkan di umur kamu 4, 5 tahun. Tapi, percayalah. Abah dan mama cakap dengan kamu banyak sangat. Kamulah penghibur kami di saat kami berduka. Walaupun hanya dengan keletah gelak tawa si kecil. Bila kamu sekolah rendah. Abah ingat lagi kamu selalu bercakap dengan abah ketika membonceng motor dengan abah setiap pergi dan balik sekolah. Macam-macam kamu ceritakan pada abah. Tentang cikgu, sekolah, kawan-kawan. Abah jadi makin bersemangat bekerja keras cari duit untuk biaya kamu ke sekolah. Sebab kamu seronok sekali. 

Gembira. Ayah mana tidak gembira anak suka ke sekolah belajar. Bila kamu sekolah menengah. Kamu ada kawan-kawan baru. Kamu balik dari sekolah, kamu masuk bilik. Kamu keluar bila masa makan. Kamu keluar dengan kawan-kawan. Kamu mulai jarang bercakap dengan abah. Kamu pandai. Akhirnya masuk asrama. Di asrama, jarak antara kita makin jauh.

 Kamu cari kami bila perlu. Kamu biarkan kami bila tak perlu. Abah tahu, naluri remaja. Abah pun pernah muda. Akhirnya, abah dapat tahu kamu ada kekasih. Ketika di universiti, sikap kamu sama sahaja ketika di sekolah menengah. Jarang hubungi kami. Bila balik cuti, kamu dengan henfon kamu. Kamu dengan laptop kamu. Kamu dengan internet kamu. Kamu dengan dunia kamu.

 Abah tertanya-tanya juga sendiri. Adakah kawan istimewa itu lebih penting dari abah dan mama? Adakah abah dan mama cuma diperlukan bila kamu nak nikah sahaja sebagai pemberi restu? Adakah kami ibarat tabung pada kamu sahaja? Hakikatnya, kamu jarang berbicara dengan abah lagi. Ada pun boleh dibilang dengan jari. Berjumpa tapi tak berkata-kata. Sebumbung tapi seperti tak bersua. Bertegur bila cuma hari raya. Tanya sepatah, jawab sepatah. Dileter, kamu tarik muka. Dimarah, kamu tak balik cuti. Malam ni, abah sebenarnya rindu sangat pada kamu. Bukan mahu berleter, mengungkit atau membangkit. Cuma abah dah terlalu tua. Abah dah di hujung 60 an.

 Kudrat abah tidak sekuat dulu lagi. Abah tak minta banyak... Kadang-kadang, abah cuma mahu kamu berada di sisi abah. Berbicara tentang hidup kamu. Luahkan apa yang terpendam dalam hati kamu. Menangis pada abah. Mengadu pada abah. Bercerita pada abah seperti kamu kecil-kecil dulu. Apapun. Maafkan abah atas curhat abah ini. Jagalah solat. Jagalah hati. Jagalah iman. Mungkin kamu tidak punya waktu berbicara dengan abah. Namun, jangan pula kamu tidak punya waktu berbicara dengan Tuhan. Usah letakkan cinta di hati pada seseorang melebihi cinta kepada Tuhan. Mungkin kamu terabaikan abah. Namun jangan kamu mengabaikan Tuhan. Maafkan abah atas segalanya."

 Pemuda menitiskan air mata. Dalam hati perit tidak terkira. Mana tidaknya. Tulisan ayahandanya itu dibaca setelah 3 bulan beliau pergi buat selama-lamanya. Di saat tidak mungkin lagi mampu memeluk tubuh tua ayahnya. * Semoga kita dapat mengambil pengajaran.

Sunday 26 January 2014

Kucing Haiwan Yang Bersih

Kucing Haiwan Yang Bersih!

kucing
kucing
Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?
Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.
Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 
 
Kajian Yang Dijalankan  
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. 
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dantaphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.

Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.
Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.
Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”
Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

Krdt :akuislam.com 

Monday 20 January 2014

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera



Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.

Saturday 18 January 2014

Perbandingan Antara Kitab Suci Al-Quran dan Bible

SEBUAH VIDEO YANG WAJIB DI TONTON OLEH UMAT ISLAM DAN DISEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN terutama kristian bagi kesedaran perbandingan antara Kitab Suci Al-Quran dan Bible yang akan memberi kesedaran kepada semua yang melihat video ini betapa tingginya martabat Al-Quran.

Video ini mengisahkan seorang Pemuda Kristian bertanya Dr Zakir Naik menjawab dengan penuh tenang dan begitu jelas sekali. Amat disarankan agar anda yang sedang membaca tulisan ini untuk mengambil sedikit masa menonton video yang amat bermanfaat ini dan berkongsi bersama rakana-rakan yang lain.. Insyaallah

Thursday 16 January 2014

MENJEJAKI LANGKAH MUHAMMAD S.A.W.

MENJEJAKI

 LANGKAH 

MUHAMMAD S.A.W


Muhammad s.a.w memandu umat manusia untuk kemakmuran hidup ini dan keselesaan alam sana. Jikalau Muhammad masih hidup baginda akan memperingatkan kita dengan kata-katanya yang mudah difahami bahawa kita telah tersasar jauh dari ajarannya dari sudut prinsip dan amalannya.
Di bawah adalah apa yang mungkin dikatakan Nabi kepada kita apabila melihat kita hanya pandai berselawat tetapi tidak mempertahankan apa yang diperjuangkan oleh baginda.

AKU ADALAH NABI PETUNJUK RAHMAT
downloadMemang adalah enak kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana Allah SWT memerintahkan kita berbuat demikian dalam surah Al Ahzab 56:
ان الله و ملائكته يصلون علي النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه سلموا تسليما
Wahai orang yang beriman sesungguhnya Allah dan para malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi, Hai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya“.
Tanda kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w tidak terbatas kepada mulut berkata-kata tetapi hendaklah menjejaki cara dan langkah Nabi membimbing manusia kerana syarat kasih kepada Nabi mestilah dituruti dengan ikut, hayati dan bela semua yang ditinggalkan kepada manusia. Allah berfirman dalam surah Ali Imram ayat 31:
قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله و يغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم
“Katakanlah (kepada mereka)  jika kamu benar mencintai Allah, maka ikutlah aku barulah nanti Allah mengasihinkamu dan mengampun dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”
Kerahmatan Nabi membawa keampunan Allah kepada mereka yang mengikuti caranya yang dipanggil Sunnah.
Sunnah adalah rahmat yang besar untuk semua manusia bukan sahaja untuk orang Islam dan kerananya Islam diterima oleh semua kaum di seluruh pelusuk dunia terdiri daripada pelbagai keturunan dan warna kulit.
Sama ada mereka menerima dakwah Islam atau pernah berasa dalam perlindungan Islam, adalah tanda besar bahawa Muhammad adalah Nabi petunjuk rahmat kepada Alam ini.

AKU ADALAH UNTUK SEMUA
Nabi tidak pernah membataskan kehadirannya hanya untuk kaum tertentu apatah lagi hanya untuk kaum Melayu!
Kerahmatan baginda s.a.w adalah untuk keseluruhan manusia dan tidak semestinya manusia itu beriman, malah kelada yang belum beriman mereka juga adalah umatnya kerana dalam kata-kata  Muhammad s.a.w sendiri baginda memperakui kesejagatan risalahnya dengan bersabda:
كان النبي يبعث الى قومه خاصة و بعثت ال الناس كافة
(بخاري و مسلم)
 “Nabi sebelumnya diutuskan hanya untuk kaumnya manakala aku dibangkitkan untuk keseluruhan manusia.” (Bukhari dan Muslim) 
Tidak mungkin Nabi untuk manusia boleh menyisihkan mana-mana kaum sedangkan mereka juga manusia seperti orang Islam.
Orang Islam adalah mereka yang sudah menerima seruan Nabi untuk menjadikan Allah yang Satu dan mengikut prinsip yang telah ditinggalkan oleh baginda, adapun bukan Islam, mereka belum lagi memahami atau menerima, jadi menjadi tanggungjawab Nabi untuk meneruskan penjelasannya kepada manusia sehingga Allah menentukan hidayahNya.
Al Qaradhawi menyebut dengan jelas bahawa istilah  kafir dan muslim itu sendiri harus diperbetulkan apabila melihat kesejagatan dakwah Muhammad dengan meletakkan istilah yang sewajarnya iaitu “umat yang menerima” dan “umat yang terus diseru”.
Tidak ada istilah pemisahan dari sudut penerimaan Muhammad sebagai “the last messenger of Allah”  dengan hanya menganggap hanya umat Islam sahaja umat Muhammad, kita telah menafikan kesejagatan risalah Muhammad kepada keseluruhan manusia.
Itulah kerahmatan yang mesti dihayati, diperjuangkan dan dibela oleh kita yang sudah menerima seruan Muhammad s.a.w.
Orang Melayu yang mengaggap Muhammad s.a.w itu hanya eksklusif kepada orang  Melayu, tingkah laku mereka menjejaskan satu keistimewaan risalah Nabi dan sekaligus menafikan kesejagatan Islam.
Apalah guna berselawat jikalau tidak berani mempertahankan kerasulan Muhammad dalam bentuknya yang sejagat!

AKU HANYA MENYAMPAIKAN
Nabi penuh rahmat ini tiada daya dan upaya memberi hidayah kerana jika ia diberikan kuasa demikian maka akan ternafi sifat baginda sebagai Rasul.
Rasul membawa maksud  Juru Utus atau Juru Kirim, dia hanya menjalankan tugas dari pihak yang mengirim dan kerana itu dia hanya hamba seperti manusia lain cuma tugasannya ialah menyampaikan dari Allah.
Tiada sepanjang sejarah Rasul akhir zaman ini menjadikan asas seruannya melalui ancaman atau ugutan, yang ada ialah terus menerus menyeru tanpa penat lelah.
Jikalau ada ancaman pun ia adalah ancaman kepada isi kandungan kesesatan mereka terhadap keesaan Allah tapi bukan kepada tuan tubuh badan kerana konfliknya ialah antara kekufuran dan kesyirikan melawan kebenaran dan ketauhidan.
Konflik itu dilanggan pada asas yang membentuk kesesatan tersebut dan tidak lebih dari itu dan caranya ialah berdakwah dengan hikmah, bijaksana, debat dengan penuh adab dan selebihnya diserahkan kepada Tuan yang mengirimkan baginda Muhammad untuk mendapat hidayah.
Kerahmatan ini perlu dipaparkan dan diperjuangkan oleh kita umat yang telah menerima dakwahnya bagi menunjukkan kasih kita kepada Nabi Rahmat ini, bukan dengan dengan cara kasar dan mengancam orang lain yang belum beriman lagi.
AKU JUGA TEGAS
Ketegasan Nabi Muhammad adalah rahmat yang besar kepada manusia kerana ia mengajar kita erti mempertahankan keimanan malah sanggup mati mempertahan keimanan ini.
Dari sinilah Islam menentukan premis hubungannya dengan mereka yang berniat jahat merosakkan dan menyekat serta mematikan kerahmatan ini bergerak dengan aman dan bebas.
Tidak ada mana-mana contoh sepanjang sejarah Nabi yang mengisyaratkan permusuhan kecualilah pada mereka yang mengistiharkan permusuhan dahulu kepada Islam.
Peperangan dalam Islam adalah pengecualian kepada sikap pencerobohan dan konspirasi meruntuhkan kedamaian yang dibina oleh Muhammad kerana jika suasana aman menjadi order hubungan pastinya Islam dan bukan Islam akan terus menikmati kedamaian ini.
Keadaan inilah yang cuba diruntuhkan melalui pencerobohan ke atas zon damai ini maka tidak boleh tidak Nabi ini mempertahankan apa yang telah dibinanya selama ini. Sebab itulah ada hadis Nabi yang menyebut:
انا نبي مرحمة و انا نبي ملحمة (بخلري)
“Aku adalah Nabi yang penuh kasih sayang dan aku juga adalah Nabi yang berani untuk bertempur” (Bukhari)
Peperangan dalam Islam adalah hak untuk mempertahan diri dari kejahatan manusia yang benci melihat kebaikan tersebar bukanlah peperangan itu asas tertegaknya Islam.
Sebab itu Muhammad diajar untuk menjadi tegas apabila kebaikan ini tergugat bukan seperti sesetengah kita yang menunjukkan hubungan dengan orang lain atas bermusuh dan sentiasa menanti sebab untuk mencetuskan pergaduhan dengan agama lain.
Alangkah berbezanya dua asas ini di mana permusuhan adalah asas dan kedamaian adalah pengecualian sedangkan yang benarnya ialah perdamaian adalah asas dan pemusuhan adalah pengecualian.

AKU SENTIASA MENGINGATI KAMU
Walaupun berakhir sudah hayat Nabi namun ingatannya sentiasa melayang kepada semua kita yang Islam dan bukan Islam untuk kita ambil iktibar bahawa Nabi ini amat berat keprihatinannya kepada kita.
Saat akhir baginda sering mengingati kita dengan mengingatkan para sahabat akan kedatangan umatnya selepas ini di mana baginda tidak melihat kita dan kita tidak pernah bersama baginda, namun baginda bersabda yang maksudnya:
“Ada kaum yang datang selepas aku, aku tidak melihat mereka tetapi mereka mengimani kepada ku dengan keimanan yang kukuh dan mereka membaca Al Quran sama seperti kamu membacanya, ketahuilah mereka lebih baik iman mereka daripada kita semua”.
Jarak tidak pernah memisahkan semua kita dengan Muhammad s.a.w, oleh itu marilah kita yang Islam dan belum Islam menghayati jejak langkah mulia ini dengan mengikuti ajarannya dan menyebarkan Kedamaian pada semua…kami mencintaimu Ya Rasul Allah….

Penulis ialah Ahli Parlimen Parit Buntar
go top google+ page facebook twitter rss