Pages

Sunday 2 February 2014

Cara Pasang WhatsApp Di Komputer


WhatsApp adalah aplikasi penghantaran mesej menarik yang membolehkan anda menghantar mesej dan berbual dengan rakan-rakan anda secara percuma! Ia adalah aplikasi mesej yang paling popular untuk Android dan IOS telefon pintar, dan ia menghubungkan orang dari seluruh dunia. Tetapi masalahnya ialah ianya hanya dibuat untuk telefon pintar. Anda tidak boleh menggunakannya dengan baik pada telefon jenis lama. Dan walaupun anda memiliki sebuah telefon pintar, ia akan melesapkan bateri anda, kerana ia memerlukan sambungan internet untuk berfungsi. Sekiranya anda seperti saya dan tidak mahu membiarkan bateri anda dilesapkan, ada penyelesaian! Anda boleh memasang dan menggunakan aplikasi ini daripada komputer anda!

Apakah Itu WhatsApp?

WhatsApp adalah aplikasi penghantaran mesej percuma direka untuk digunakan pada telefon pintar. Ia berfungsi melalui internet dan membolehkan anda untuk bercakap dengan mana-mana orang yang tinggal di mana-mana planet Bumi dengan syarat anda tahu nombor telefon bimbit mereka. Aplikasi ini direka untuk Nokia Symbian, iPhone, Android dan perantiWindows Phone dan ia adalah percuma untuk digunakan untuk tahun pertama. Jangan biarkan pengunaan terhad ini mengganggu anda, kerana ada cara untuk mendapatkan ia untuk masa yang tidak terhad.

Saya tidak menyebut PC atau Mac adalah platform yang disokong kerana aplikasi ini secara tidak rasmi boleh didapati daripada mereka. Tetapi ia tidak menjadi masalah sekiranya ia boleh beroperasi pada PC dan juga Mac.

Apa Yang Diperlukan?

Alat atau perisian yang anda perlukan adalah Android Emulator pada PC / Mac. Khidmat yang akan digunakan adalah Bluestacks App Player dan anda boleh muat turun dari pautan yang disediakan di bawah.

WhatsApp perlukan juga nombor telefon anda untuk beroperasi.

Sistem anda mesti mempunyai RAM 1GB + untuk menjalankan emulator ini. Grafik kad yang baik dan pemproses jelas akan menyebabkan ia lebih baik dan mudah dilakukan. Mac OS X atau PC dengan XP SP3, Vista, 7 dan 8 adalah disokong.

Mari Mulakan!

Langkah-langkah di bawah berjalan dengan baik pada PC atau Mac. Pastikan anda muat turun versi yang terbaru.

1) Pertama sekali, muat turun --> Bluestacks App Player

Bagaimanapun, ia mungkin akan muat turun juga fail tambahan. Pastikan talian internet anda berjalan dengan baik.

2) Jalankan aplikasi tersebut daripada ikon halaman komputer anda. Anda akan lihat persis seperti gambar di bawah ini.

watsapp messenger
WatsApp Icon

3) Klik pada "Search icon" dan klik "WatsApp"

4) Pilih "WatsApp Messenger" daripada senarai dan teruskan kepada pemasangan (install). Anda akan diminta untuk masukkan akaun Google anda sebetulnya. Sementara ini adalah Android Emulator, anda akan dinavigasikan ke Google Play. Klik install dan mulakan muat turun.

watsapp messenger
Muat turun WatsApp Messenger

5) Apabila telah dipasangkan, WatsApp akan meminta anda masukkan nombor telefon anda yang sah. Pengesahan akan berjaya sekiranya nombor anda adalah sah.

6) Sekarang, anda boleh gunakan WatsApp sama seperti anda gunakan di telefon pintar anda. Anda boleh ubah profil anda, hubungi semua rakan-rakan anda tidak kira di mana platform mereka menjalankan aplikasi dan juga mendapatkan mesej baru secara langsung daripada emulator.

watsapp messenger
Hantar mesej melalui WatsApp

Kenapa Pilih WatsApp?

Terdapat beberapa perkhidmatan lain secara percuma boleh didapati di platform yang sama. Anda boleh dapatkan Viber, Wechat, KIK dan Whatnot. Pertama, WhatsApp adalah aplikasi yang paling popular digunakan. Kedua, WhatsApp mempunyai segala-galanya iaitu anda boleh berkomunikasi teks, imej atau video berkualiti tinggi dengan rakan-rakan. Selain itu, ia selesa dan mudah untuk digunakan. Dan jika lesen percuma satu tahun anda tamat tempoh, anda boleh memasang semula aplikasi untuk mendapatkan ia semula.

WhatsApp tidak secara rasmi dikeluarkan untuk PC / Mac tetapi ada cara seperti yang disebutkan di atas untuk ia beroperasi. WhatsApp adalah juga yang terbaik dan perlu menjadikan ia satu kemestian. Anda juga boleh menjalankan mana-mana aplikasi android / permainan pada perisian yang disebutkan di atas.

Saturday 1 February 2014

Filem Arahan NAMEWEE Kena BANNED !!!


Salam sejahtera.

Nama saya Namewee. <BANGLASIA> adalah filem arahan saya yang keempat. Filem ini sebenarnya dijadualkan untuk ditayangkan serentak di seluruh negara pada 30 hari bulan January, iaitu menjelang malam Tahun Baru Cina. Tetapi malangnya kami berdepan jalan sukar apabila filem ini dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia sewaktu proses kelulusan filem. Kami telah diberikan sebanyak 31 catatan rasmi dan sekaligus diarahkan untuk membuat penggambaran semula. Ternyata kami sama sekali tidak mampu untuk melakukan penggambaran semula kerana kesemua 31 catatan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem negara adalah 90% dari filem tersebut. Pihak syarikat dan penerbit telah mencuba sedaya upaya dan melakukan apa saja yang terdaya untuk menyelamatkan filem ini namun ternyata usaha kami sia-sia. Dengan ini, kami secara dukacitanya memaklumkan bahawa filem <BANGLASIA> secara rasminya, telah diharamkan. Ini bermakna bahawa filem ini bukan sahaja tidak akan ditayangkan menjelang Tahun Baru Cina, tetapi juga tidak akan ditayangkan di negara Malaysia, buat selama-lamanya.

Pihak berkuasa juga telah mengeluarkan arahan tegas bahawa selain tidak dibenarkan untuk ditayangkan di pawagam, filem <BANGLASIA> juga tidak boleh ditayangkan menerusi laman web YouTube, rangkaian jaringan laman web ataupun dijual di pasaran tidak kira sama ada yang sah di sisi undang-undang, ataupun cetak rompak. Mana-mana pihak yang didapati menayangkan filem ini sama ada di rumah persendirian ataupun kawasan awam, akan diambil tindakan undang-undang. Saya, Namewee ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf kepada semua pihak dengan hati yang pilu dan sedih. 

Yang pertama sekali, para pelabur yang telah mengalami kerugian yang teruk akibat dari pengharaman filem ini, saya memohon maaf kepada semua pelabur-pelabur sekalian yang telah memberikan kepercayaan kepada saya. 

Tidak ketinggalan juga, semua pelakon, tenaga kerja dan krew filem <BANGLASIA> yang telah bertungkus-lumus dalam tempoh satu tahun ini tanpa mengira penat dan letih, saya mengerti pengorbanan anda, maafkan saya!

Akhir sekali, saya ingin memohon maaf kepada semua peminat-peminat yang sedang menantikan kemunculan filem <BANGLASIA>. Saya benar-benar berasa sedih di atas penantian anda yang sia-sia. Percayalah, saya benar-benar telah berusaha keras untuk menyelamatkan filem ini.

Ramai di antara krew produksi yang telah menonton filem ini merasakan bahawa filem <BANGLASIA> adalah hasil karya saya yang paling menarik dan mencuit hati. Secara jujurnya saya bangga dan gembira dengan pujian anda. Terima kasih kepada semua yang menyukai filem <BANGLASIA>. Walaupun tidak berjaya ditayangkan di pawagam, saya berharap anda akan terus menyokong dan menantikan kemunculan filem saya yang seterusnya. Saya akan berusaha lebih keras di masa hadapan untuk tidak mengecewakan sokongan anda. Mohon maaf!

Yang benar, Namewee. 

http://www.youtube.com/watch?v=0agcOFC1u60&feature=c4-overview-vl&list=PLp8YAQVH95dzM8LGQ9fKBPCt9tm1J6V6C

KISAH ORANG GILA BERAMBUT PANJANG & TUKANG GUNTING





Seorang pemuda yang beriman telah pergi melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers. Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen-fesyen rambut beberapa pemuda lelaki di bandar tersebut. Dia ingin mengikut fesyen rambut mereka. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan. Kebetulan, tukang gunting tersebut seorang yang sangat fasih berbahasa English dan amat peramah. Sambil menggunting rambut mereka berdua pun berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan termasuk tukang gunting bertanya apa agama pemuda tersebut.

            Setelah mengetahui pemuda itu beragama islam, tukang guting tersebut telah mengambil kesempatan untuk bertanya tentng Islam, tujuannya bukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam, tetapi lebih untuk menimbulkan rasa sangsi pemuda tersebut terhadap Islam. Tukang gunting berkata : "Sebenarnya TUHAN tidak ada. Kalau TUHAN ada tidak mungkin dunia ini tidak aman. Banyak sekali jenayah, gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Walhal, umat Islamlah yang paling banyak mendapat bencana seperti peperangan, kebuluran, kemunduran dan sebagainya". Pemuda itu hanya diam. Pening juga bagaimana hendak memberikan penjelasan kembali. Tambah tukang gunting itu lagi... "Sebab itulah kami di sini tidak menganut sebarang agama. Kami beranggapan bahawa TUHAN itu TIADA". Kamu lihat negara kami lebih aman dan makmur berbanding dengan sesetengah negara Islam". Pemuda tadi terus membisu, jam ditangannya dirasakan teramat lambat berputar. Namun di dalam hatinya berdoa semoga Allah membantunya agar diberikan hikmat ilmu untuk menjawab tuduhan tukang gunting tersebut.

             Tukang gunting dengan senyum sinis semakin galak menerangkan tentang kehebatan dan kemakmuran negaranya yang tidak percayakan wujudnya TUHAN. Selesai saja menggungting rambut, pemuda tadi terus membayar upahnya. Dia bergegas keluar. Baru saja dia hendak membuka pintu kedai gunting tersebut, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki peminta sedekah yang berpakain lusuh, kotor dan rambutnya panjang tidak terurus sedang berjalan di hadapan kedai tersebut. Lalu datanglah pertolongan Allah... Maka pemuda tadi mendapat idea... Dia tidak jadi keluar dari kedai dan terus menoleh kepada tukang gunting sambil berkata ; "Sebenarnya, di dunia ini semuanya ada... termasuklah adanya TUHAN. Kecuali satu perkara sahaja yang tidak ada di dunia ini" Terkejut tukang gunting tadi.. lalu bertanya; "Apakah satu perkara yang tidak terdapat di dunia ini?" Dengan tenang dan selamba pemuda tadi menjawab : "TUKANG GUNTING" Kata tukang gunting dengan penuh emosinal : "Bukankah kamu yang bergunting dengan saya tadi" Pemuda itu membalas : "kalau ada tukang gunting di dunia ini.. tidak mungkin peminta sedekah itu berambut panjang" Jawab tukang gunting tersebut : "Itu salah dia. Kalau dia pergi mendapatkan saya, tentu saya guntingkan rambutnya." Pemuda berkata : "Begitulah juga dengan masalah dunia sekarang. TUHAN itu ada, bukannya TIADA. Itu semua salah manusia. Kalau mereka mengadu atau meminta pertolongan kepada TUHAN, tentu semua masalah itu akan selesai". Pemuda itu menambah. "Ini tidak, lari dari TUHAN, malah sesetengahnya menganggap TIADA TUHAN" Tukang gunting itu terlopong dan tunduk malu. Niatnya untuk mengenakan pemuda tadi nampaknya tidak berjaya, sebaliknya dia yang terpukul oleh perbandingan yang dikemukakan pemuda tadi...


            Kemudian pemuda tadi terus keluar. KESIMPULAN ; Kenapakah Allah memberi (orang Islam yang beriman) dengan pelbagai ujian seperti gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya?. Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 214 ; 
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Wallahua'lam......

MENJEJAKI LANGKAH MUHAMMAD S.A.W

MENJEJAKI

 LANGKAH 

MUHAMMAD S.A.W


Muhammad s.a.w memandu umat manusia untuk kemakmuran hidup ini dan keselesaan alam sana. Jikalau Muhammad masih hidup baginda akan memperingatkan kita dengan kata-katanya yang mudah difahami bahawa kita telah tersasar jauh dari ajarannya dari sudut prinsip dan amalannya.
Di bawah adalah apa yang mungkin dikatakan Nabi kepada kita apabila melihat kita hanya pandai berselawat tetapi tidak mempertahankan apa yang diperjuangkan oleh baginda.

 
AKU ADALAH NABI PETUNJUK RAHMAT
Memang adalah enak kita berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kerana Allah SWT memerintahkan kita berbuat demikian dalam surah Al Ahzab 56:
ان الله و ملائكته يصلون علي النبي يا ايها الذين امنوا صلوا عليه سلموا تسليما
Wahai orang yang beriman sesungguhnya Allah dan para malaikat-malaikatNya berselawat ke atas Nabi, Hai orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya“.
Tanda kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w tidak terbatas kepada mulut berkata-kata tetapi hendaklah menjejaki cara dan langkah Nabi membimbing manusia kerana syarat kasih kepada Nabi mestilah dituruti dengan ikut, hayati dan bela semua yang ditinggalkan kepada manusia. Allah berfirman dalam surah Ali Imram ayat 31:
قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله و يغفر لكم ذنوبكم والله غفور رحيم
“Katakanlah (kepada mereka)  jika kamu benar mencintai Allah, maka ikutlah aku barulah nanti Allah mengasihinkamu dan mengampun dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”
Kerahmatan Nabi membawa keampunan Allah kepada mereka yang mengikuti caranya yang dipanggil Sunnah.
Sunnah adalah rahmat yang besar untuk semua manusia bukan sahaja untuk orang Islam dan kerananya Islam diterima oleh semua kaum di seluruh pelusuk dunia terdiri daripada pelbagai keturunan dan warna kulit.
Sama ada mereka menerima dakwah Islam atau pernah berasa dalam perlindungan Islam, adalah tanda besar bahawa Muhammad adalah Nabi petunjuk rahmat kepada Alam ini.

AKU ADALAH UNTUK SEMUA
Nabi tidak pernah membataskan kehadirannya hanya untuk kaum tertentu apatah lagi hanya untuk kaum Melayu!
Kerahmatan baginda s.a.w adalah untuk keseluruhan manusia dan tidak semestinya manusia itu beriman, malah kelada yang belum beriman mereka juga adalah umatnya kerana dalam kata-kata  Muhammad s.a.w sendiri baginda memperakui kesejagatan risalahnya dengan bersabda:
كان النبي يبعث الى قومه خاصة و بعثت ال الناس كافة
(بخاري و مسلم)
 “Nabi sebelumnya diutuskan hanya untuk kaumnya manakala aku dibangkitkan untuk keseluruhan manusia.” (Bukhari dan Muslim) 
Tidak mungkin Nabi untuk manusia boleh menyisihkan mana-mana kaum sedangkan mereka juga manusia seperti orang Islam.
Orang Islam adalah mereka yang sudah menerima seruan Nabi untuk menjadikan Allah yang Satu dan mengikut prinsip yang telah ditinggalkan oleh baginda, adapun bukan Islam, mereka belum lagi memahami atau menerima, jadi menjadi tanggungjawab Nabi untuk meneruskan penjelasannya kepada manusia sehingga Allah menentukan hidayahNya.
Al Qaradhawi menyebut dengan jelas bahawa istilah  kafir dan muslim itu sendiri harus diperbetulkan apabila melihat kesejagatan dakwah Muhammad dengan meletakkan istilah yang sewajarnya iaitu “umat yang menerima” dan “umat yang terus diseru”.
Tidak ada istilah pemisahan dari sudut penerimaan Muhammad sebagai “the last messenger of Allah”  dengan hanya menganggap hanya umat Islam sahaja umat Muhammad, kita telah menafikan kesejagatan risalah Muhammad kepada keseluruhan manusia.
Itulah kerahmatan yang mesti dihayati, diperjuangkan dan dibela oleh kita yang sudah menerima seruan Muhammad s.a.w.
Orang Melayu yang mengaggap Muhammad s.a.w itu hanya eksklusif kepada orang  Melayu, tingkah laku mereka menjejaskan satu keistimewaan risalah Nabi dan sekaligus menafikan kesejagatan Islam.
Apalah guna berselawat jikalau tidak berani mempertahankan kerasulan Muhammad dalam bentuknya yang sejagat!

AKU HANYA MENYAMPAIKAN
Nabi penuh rahmat ini tiada daya dan upaya memberi hidayah kerana jika ia diberikan kuasa demikian maka akan ternafi sifat baginda sebagai Rasul.
Rasul membawa maksud  Juru Utus atau Juru Kirim, dia hanya menjalankan tugas dari pihak yang mengirim dan kerana itu dia hanya hamba seperti manusia lain cuma tugasannya ialah menyampaikan dari Allah.
Tiada sepanjang sejarah Rasul akhir zaman ini menjadikan asas seruannya melalui ancaman atau ugutan, yang ada ialah terus menerus menyeru tanpa penat lelah.
Jikalau ada ancaman pun ia adalah ancaman kepada isi kandungan kesesatan mereka terhadap keesaan Allah tapi bukan kepada tuan tubuh badan kerana konfliknya ialah antara kekufuran dan kesyirikan melawan kebenaran dan ketauhidan.
Konflik itu dilanggan pada asas yang membentuk kesesatan tersebut dan tidak lebih dari itu dan caranya ialah berdakwah dengan hikmah, bijaksana, debat dengan penuh adab dan selebihnya diserahkan kepada Tuan yang mengirimkan baginda Muhammad untuk mendapat hidayah.
Kerahmatan ini perlu dipaparkan dan diperjuangkan oleh kita umat yang telah menerima dakwahnya bagi menunjukkan kasih kita kepada Nabi Rahmat ini, bukan dengan dengan cara kasar dan mengancam orang lain yang belum beriman lagi.
AKU JUGA TEGAS
Ketegasan Nabi Muhammad adalah rahmat yang besar kepada manusia kerana ia mengajar kita erti mempertahankan keimanan malah sanggup mati mempertahan keimanan ini.
Dari sinilah Islam menentukan premis hubungannya dengan mereka yang berniat jahat merosakkan dan menyekat serta mematikan kerahmatan ini bergerak dengan aman dan bebas.
Tidak ada mana-mana contoh sepanjang sejarah Nabi yang mengisyaratkan permusuhan kecualilah pada mereka yang mengistiharkan permusuhan dahulu kepada Islam.
Peperangan dalam Islam adalah pengecualian kepada sikap pencerobohan dan konspirasi meruntuhkan kedamaian yang dibina oleh Muhammad kerana jika suasana aman menjadi order hubungan pastinya Islam dan bukan Islam akan terus menikmati kedamaian ini.
Keadaan inilah yang cuba diruntuhkan melalui pencerobohan ke atas zon damai ini maka tidak boleh tidak Nabi ini mempertahankan apa yang telah dibinanya selama ini. Sebab itulah ada hadis Nabi yang menyebut:
انا نبي مرحمة و انا نبي ملحمة (بخلري)
“Aku adalah Nabi yang penuh kasih sayang dan aku juga adalah Nabi yang berani untuk bertempur” (Bukhari)
Peperangan dalam Islam adalah hak untuk mempertahan diri dari kejahatan manusia yang benci melihat kebaikan tersebar bukanlah peperangan itu asas tertegaknya Islam.
Sebab itu Muhammad diajar untuk menjadi tegas apabila kebaikan ini tergugat bukan seperti sesetengah kita yang menunjukkan hubungan dengan orang lain atas bermusuh dan sentiasa menanti sebab untuk mencetuskan pergaduhan dengan agama lain.
Alangkah berbezanya dua asas ini di mana permusuhan adalah asas dan kedamaian adalah pengecualian sedangkan yang benarnya ialah perdamaian adalah asas dan pemusuhan adalah pengecualian.

AKU SENTIASA MENGINGATI KAMU
Walaupun berakhir sudah hayat Nabi namun ingatannya sentiasa melayang kepada semua kita yang Islam dan bukan Islam untuk kita ambil iktibar bahawa Nabi ini amat berat keprihatinannya kepada kita.
Saat akhir baginda sering mengingati kita dengan mengingatkan para sahabat akan kedatangan umatnya selepas ini di mana baginda tidak melihat kita dan kita tidak pernah bersama baginda, namun baginda bersabda yang maksudnya:
“Ada kaum yang datang selepas aku, aku tidak melihat mereka tetapi mereka mengimani kepada ku dengan keimanan yang kukuh dan mereka membaca Al Quran sama seperti kamu membacanya, ketahuilah mereka lebih baik iman mereka daripada kita semua”.
Jarak tidak pernah memisahkan semua kita dengan Muhammad s.a.w, oleh itu marilah kita yang Islam dan belum Islam menghayati jejak langkah mulia ini dengan mengikuti ajarannya dan menyebarkan Kedamaian pada semua…kami mencintaimu Ya Rasul Allah….

DiTulis Oleh Ahli Parlimen Parit Buntar

Kucing Haiwan Yang Bersih




Kucing Haiwan Yang Bersih!

kucing

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis. Malah diperbolehkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.

Kenapa Rasulullah Saw berani mengatakan bahawa kucing tidak menjadi najis kepada manusia?

Persoalannya, bagaimana Nabi mengetahui badan kucing tidak mempunyai najis?Jawapannya, kulit haiwan ini mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.Ototnya juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia.
Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.
Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya. 
 
Kajian Yang Dijalankan  
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor.
Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya. 
Hasil yang didapati selepas ujikaji adalah:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacterstreptococcus, dantaphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit.
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bemama lysozyme.


Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.

Hadis-Hadis Mengenai Kucing

Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu dia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas dia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum.Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”.Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?”Kabsyah menjawab, “Ya”.
Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah). 
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”.
Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut.
Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu dia memberikan isyarat untuk menyimpannya.
Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, dia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni). 
kucing
Kalaulah bukan dari wahyu Allah tentulah Rasulullah SAW tidak akan berani mengatakan bahawa kucing itu bersih. Segala sesuatu yang baru ditemui oleh para ilmuwan pada zaman moden ini, telah diketahui ilmunya oleh Rasul Kita Muhammad saw sejak 1500 tahun yang lalu.

go top google+ page facebook twitter rss