Pages

Saturday 1 February 2014

Cara Kesan Virus Dalam Fail

Bahaya Virus Dalam Fail

VirusTotal Mengesan Virus Dengan Berkesan

VirusTotal adalah perkhidmatan percuma dalam talian yang menganalisa fail dan URL yang membolehkan pengenalpastian viruswormtrojan dan jenis lain kandungan berniat jahat yang dikesan oleh enjin antivirus dan pengimbas laman web.
Pada masa yang sama, perisian ini boleh digunakan sebagai satu cara untuk mengesan positif palsu, iaitu sumber-sumber yang tidak berbahaya dikesan sebagai berniat jahat oleh satu atau lebih pengimbas.
Misi VirusTotal adalah untuk membantu dalam meningkatkan industri antivirus dan keselamatan dan menjadikan internet tempat yang lebih selamat melalui pembangunan alat dan perkhidmatan percuma .
Anda hanya perlu melayari site www.virustotal.com untuk tindakan selanjutnya.
virus fail
Muat naik fail di VirusTotal

Apabila melayari laman tersebut, anda boleh "upload" fail yang dikehendaki. Sila pilih "choose file" dan pilih fail anda. Kemudian, klik "Scan it!". Tunggu sehinga fail habis di "upload" dan dikesan oleh VirusTotal. Senarai virus akan dikenalpasti oleh antivirus-antivirus ternama. Sekiranya tiada virus dikesan, bermakna fail anda selamat untuk digunakan. Sila lihat contoh dibawah ini yang menunjukkan fail masih tidak selamat dan disyaki ada virus didalamnya.

virus fail
Virus dikesan oleh antivirus ternama

Sekiranya diperhatikan pada gambar di atas, terdapat 13 virus yang dikesan memasuki fail ini termasuklah virus trojan dropperhack tool bindergen variant dll. Penggodam akan menggunakan helah dengan mengatakan kepada mangsa untuk "turn off antivirus" dahulu sebelum boleh menggunakan aplikasi ini.

virus fail
Pelbagai jenis virus yang dikesan

Justeru, anda harus berhati-hati ketika memuat turun sebarang jenis fail. Ramai diantara kita merupakan pemuat turun tegar dan seringkali terlepas pandang apa yang sepatutnya dilihat. Perkara-perkara sebegini mungkin sesuatu yang kurang bermakna bagi kita, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada sang penggodam di luar sana. Kebiasannya virus fail adalah berformatkan .exe dimana ia akan bertindak apabila anda klik pada fail tersebut.

Sekiranya anda terdedah dengan virus ini, potensi besar berlaku ialah penggodam akan cuba untuk mendapatkan apa jua data peribadi yang disimpan oleh anda sendiri termasuklah no. kad kreditkad bankno pin bank, dan semua password yang anda miliki (facebookmyspacetwittertagged .dll)..anda masih mahu mereka mengambilnya tanpa anda sedari? jika tidak, anda masih waras.
Setelah penggodam itu berjaya memperolehinya, mereka akan tukar password anda dan anda telah kehilangan apa yang anda miliki sebelum ini. Kes ini sudah banyak terjadi terutama kes kehilangan laman peribadiemail, "group page" akibat godaman melalui "phishing", "keylogger", "cookies stealer", "sniffing", "hijack" .dll.

virus fail
Curi melalui laman maya

Apa yang menambah bahaya ialah apabila fail yang biasa kita pasangkan di pc atau laptop berformat .exe boleh di"bind" virus di dalamnya tanpa anda sedari dengan menggunakan "bat to exe converter". Sekiranya anda berada pada situasi begini, terus sahaja muat naik fail tersebut ke laman VirusTotal. Walaupun agak mengambil masa, tetapi ia berbaloi sama sekali untuk elak anda menjadi mangsa.

virus fail
BAT to EXE Converter

Penggodam-penggodam ini biasanya akan menyenaraikan nombor id dan password mangsa mereka untuk dikongsikan kepada rakan-rakan mereka. Jadilah pengguna internet yang bijak sekaligus dapat mengelak menjadi mangsa godaman. Tiada yang selamat apabila anda berada di dunia yang tanpa sempadan.
go top google+ page facebook twitter rss