Pages

Tuesday 10 December 2013

PANTUN ISNIN SAMPAI AHAD


 PANTUN ISNIN SAMPAI AHAD

Semua malas nak bangun pagi,
Bukan kerana sakit nak mati,
Tapi mood masih nak cuti,
Hari isnin menjelma lagi.

Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
Selamat menyambut hari selasa.

Menangkap ikan pakai bubu,
Untuk hidangan nasi kerabu,
Kenapa masih dalam kelambu,
'Ofis' kau tutup ke hari rabu.

Atas pokok ada penyengat,
Anak kambing baunya hamis,
Kenapa kau tak pernah ingat,
Janji nak belanja aku hari khamis.

Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat,
Bukannya apa cuma saja nak ingat,
Selamat hari jumaat.

Hari-hari minum air batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingant janji dating hari sabtu.

Minta garam barang secuit,
Untuk perasa sayur salad,
Saja jalan nak buang duit,
Hari ni kan hari ahad.

Monday 2 December 2013

KISAH ORANG GILA BERAMBUT PANJANG

         

        Seorang pemuda yang beriman telah pergi melancong ke Russia. Di sana ramai penduduknya terdiri daripada orang yang tidak beragama. Mereka dikenali sebagai Athies dan Free Thinkers. Pemuda tersebut tertarik dengan fesyen-fesyen rambut beberapa pemuda lelaki di bandar tersebut. Dia ingin mengikut fesyen rambut mereka. Maka diapun, masuk ke salah satu kedai gunting yang berdekatan. Kebetulan, tukang gunting tersebut seorang yang sangat fasih berbahasa English dan amat peramah. Sambil menggunting rambut mereka berdua pun berbual-bual. Banyak perkara yang dibualkan termasuk tukang gunting bertanya apa agama pemuda tersebut.

            Setelah mengetahui pemuda itu beragama islam, tukang guting tersebut telah mengambil kesempatan untuk bertanya tentng Islam, tujuannya bukan untuk mengetahui lebih lanjut tentang Islam, tetapi lebih untuk menimbulkan rasa sangsi pemuda tersebut terhadap Islam. Tukang gunting berkata : "Sebenarnya TUHAN tidak ada. Kalau TUHAN ada tidak mungkin dunia ini tidak aman. Banyak sekali jenayah, gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya. Walhal, umat Islamlah yang paling banyak mendapat bencana seperti peperangan, kebuluran, kemunduran dan sebagainya". Pemuda itu hanya diam. Pening juga bagaimana hendak memberikan penjelasan kembali. Tambah tukang gunting itu lagi... "Sebab itulah kami di sini tidak menganut sebarang agama. Kami beranggapan bahawa TUHAN itu TIADA". Kamu lihat negara kami lebih aman dan makmur berbanding dengan sesetengah negara Islam". Pemuda tadi terus membisu, jam ditangannya dirasakan teramat lambat berputar. Namun di dalam hatinya berdoa semoga Allah membantunya agar diberikan hikmat ilmu untuk menjawab tuduhan tukang gunting tersebut.

             Tukang gunting dengan senyum sinis semakin galak menerangkan tentang kehebatan dan kemakmuran negaranya yang tidak percayakan wujudnya TUHAN. Selesai saja menggungting rambut, pemuda tadi terus membayar upahnya. Dia bergegas keluar. Baru saja dia hendak membuka pintu kedai gunting tersebut, tiba-tiba dia melihat seorang lelaki peminta sedekah yang berpakain lusuh, kotor dan rambutnya panjang tidak terurus sedang berjalan di hadapan kedai tersebut. Lalu datanglah pertolongan Allah... Maka pemuda tadi mendapat idea... Dia tidak jadi keluar dari kedai dan terus menoleh kepada tukang gunting sambil berkata ; "Sebenarnya, di dunia ini semuanya ada... termasuklah adanya TUHAN. Kecuali satu perkara sahaja yang tidak ada di dunia ini" Terkejut tukang gunting tadi.. lalu bertanya; "Apakah satu perkara yang tidak terdapat di dunia ini?" Dengan tenang dan selamba pemuda tadi menjawab : "TUKANG GUNTING" Kata tukang gunting dengan penuh emosinal : "Bukankah kamu yang bergunting dengan saya tadi" Pemuda itu membalas : "kalau ada tukang gunting di dunia ini.. tidak mungkin peminta sedekah itu berambut panjang" Jawab tukang gunting tersebut : "Itu salah dia. Kalau dia pergi mendapatkan saya, tentu saya guntingkan rambutnya." Pemuda berkata : "Begitulah juga dengan masalah dunia sekarang. TUHAN itu ada, bukannya TIADA. Itu semua salah manusia. Kalau mereka mengadu atau meminta pertolongan kepada TUHAN, tentu semua masalah itu akan selesai". Pemuda itu menambah. "Ini tidak, lari dari TUHAN, malah sesetengahnya menganggap TIADA TUHAN" Tukang gunting itu terlopong dan tunduk malu. Niatnya untuk mengenakan pemuda tadi nampaknya tidak berjaya, sebaliknya dia yang terpukul oleh perbandingan yang dikemukakan pemuda tadi...


            Kemudian pemuda tadi terus keluar. KESIMPULAN ; Kenapakah Allah memberi (orang Islam yang beriman) dengan pelbagai ujian seperti gempa bumi, banjir, peperangan, kebuluran dan sebagainya?. Firman Allah didalam Surah Al-Baqarah ayat 214 ;
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Wallahua'lam......

" Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang "


"The people call him, U.A.I"

Sinopsis:
Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu (Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. 

Dia sering dibuang kerja dan tidak pernah serius dalam hidup.Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur.

Apatah lagi pegangan agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan perubahan baru Hamzah. 

Dia semakin mendalami agama dan bercerita mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada mereka.Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan pelbagai musibah.



I
I
I
v



Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun




SEBARKAN: Mengapa Dr. Maurice Bucaille Peluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!
go top google+ page facebook twitter rss