Pages

Saturday 1 February 2014

Cara Lepasi Laman Web Yang Disekat SKMM

Laman Web Muat Turun Disekat SKMM

Pertukaran DNS Elak Laman Web Daripada Disekat

Kecoh dan heboh apabila hampir 10 laman web telah disekat oleh pihak SKMM termasuklahMegauploadMegavideofilestube.comfileserveputlocker.comthepiratebay.org,depositfiles.commovie2k.toduckload.com, and warez-bb.org.

laman web skmm
Laman web anda disekat?

Hal ini betul-betul membuka mata pemuat turun tegar untuk cuba cari jalan bagi melepasi sekatan tersebut. Caranya adalah sangat mudah iaitu dengan menggunakan DNS (domain name system). Apakah itu DNS?

DNS adalah IP khas setiap domain seperti google kepada server, dan server akan menghubungkan kita dengan laman web yang lain dengan lebih cepat dan mudah. Seolah kita ini adalah "premium user" berbanding dengan free user. Apabila kita menghantar paket data, sistem akan membantu mempercepatkan tindak balas secepat mungkin.

Sistem akan mudah mengenali IP bernombor (10.2..44.199) berbanding nama domain sepertiwww.google.com. Tujuan utama google menawarkan dns supaya dianggap memudahkan carian servis mereka. Sambil anda dapat memasuki laman web yang disekat, anda juga merasai kelajuan ketika load page. Justeru, mari beralih pula cara untuk menukar dns yang ada padawimaxxbroadbandstreamyx dan sebagainya.

laman web skmm
Tutorial Bergambar 1

laman web skmm
Tutorial Bergambar 2

laman web skmm
Tutorial Bergambar 3

laman web skmm
Tutorial Bergambar 4

laman web skmm
Tutorial Bergambar 5
laman web skmm
Tutorial Bergambar 6

Setelah timbul kotak seperti di atas, anda mempunyai pilihan sama ada hendak menggunakangoogle dns ataupun open dns. Kod DNS adalah seperti berikut:

DNS Google

Preferred DNS : 8.8.8.8
Alternate DNS : 8.8.4.4

OpenDNS

Preferred DNS : 208.67.222.222
Alternate DNS : 208.67.220.220

DNS Nawala

Preferred DNS : 180.131.144.144
Alternate DNS : 180.131.145.145

Perhatian: DNS ini untuk mengehadkan penggunaan internet di rumah dan sesuai digunakan oleh ibu bapa, untuk mengelakkan anak-anak daripada melayari laman porno atau sebagainya.

Norton DNS

Preferred DNS : 198.153.192.1
Alternate DNS : 198.153.194.1

Perhatian: DNS ini secara automatik sekat laman web yang berbahaya supaya anda boleh melayari web tanpa perlu bimbang tentang malware atau scam

Makluman

*Sekiranya anda ingin menggunakan OpenDNS, jangan gunakan OpenDNS ini sewaktu melakukan proses transaksi pembayaran melalui laman maya. Gunakan untuk kegunaan yang lain seperti melayari facebookmyspacelaman web yang disekat dan sebagainya.




SpecialThanksto : SOFTWAREFORDUMMIES
go top google+ page facebook twitter rss